WANITA INI BELI 115 SET HAPPY MEAL DAN JUAL DENGAN HARGA RM15 SETIAP SATU KONONNYA DEMI ‘KEBAJIKAN’..AKHIRNYA TERBONGKAR

Posted on

Setiap kali McDonald’s memperkenalkan mainan baru bersama set Happy Meal, pelanggan pastinya bersedih kerana se setengah individu akan mengambil kesempatan untuk membeli kesemua mainan tersebut dan menjual nya dengan harga yang tinggi.

Inilah yang berlaku ketika McDonald’s mengeluarkan set Happy Meal bersama mainan Hello Sanrio Tea Set yang terbaru pada minggu lepas. Demi mengautkan keuntungan, seorang wanita telah menggunakan alasan untuk menjual kembali mainan yang dibelinya demi tujuan ‘kebajikan’.

Ini apa yang dikongsikan wanita tersebut di laman Facebook:

“Saya ada 25 set mainan McDonald’s Happy Meal yang sedia untuk di berikan. Tidak termasuk dengan mainan.

“Sesiapa yang ada anak kecil di rumah boleh dapatkannya dari saya. Makanan tersebut akan tersedia pada jam 1 petang.”

Sumber: WOB

Pada keesokan hari nya, dia telah membeli 90 set makanan Happy Meal dan mendermakan kesemuanya kepada mereka yang memerlukan dan anak yatimPunyalah banyak Hapy Meal sampai kena angkut dengan troli! 

Sumber: WOB
Sumber: WOB

Dia jelas sekali kelihatan seperti bersungguh- sungguh untuk melakukan kebajikan, tetapi netizen kemudian mendapat tahu yang wanita tersebut sebenarnya menjual mainan berkenaan dengan harga RM15 setiap satu! Sah ada udang di sebalik batu! Harga Happy Meal sebenar pun tak lebih dari RM6.95.

Menurut wanita berkenaan, harga RM15 mainan itu termasuklah dengan caj pos, namun apa yang lebih pelik dia telah menjual kesemua mainan tersebut menggunakan aplikasi ShopeeShopee tak pernah caj pelanggan dengan kos penghantaran! 

Ini semua dalam erti kata lain, wanita itu telah mendapat keuntungan RM8 daripada setiap satu mainan yang dijualnya.

Sumber: WOB

Susulan daripada pembongkaran ini, jelas-jelas ramai netizen menghentam wanita berkenaan yang memborong mainan tersebut dan mendapat keuntungan atas nama kebajikanIsh, ish, ish! 

Taktik wanita ini mudah saja. Pelanggan terpaksa membayar RM15 untuk mendapatkan mainan. Manakala set makanan Happy Meal pula diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *