Siapa Penyanyi Yang Pernah Buat Ramai Gadis Cair Ni? Dengar Cerita Nak Datang Malaysia..

Posted on
Kini Trending

“Matamu melemahkanku, saat pertama kali ku lihatmu..”

Haa..siapa pernah dengar lagu ni?  Kalau tak silap admin, lagu ni hits pada tahun lepas dan memang meletop dengan mempunyai lebih daripada 40 juta YouTube views dan distrim sebanyak 10 juta di semua platform streaming. Wow!

Bukan itu saja, siapa yang menonton drama Suri Hati Mr. Pilot, mesti tahu lagu ni kan sebab ia menjadi runut bunyi untuk drama rantaian tersebut.

Inilah lagu ‘Dari Mata’, single dari Jaz ataupun nama penuhnya Aziz Hayat. Kalau korang nak tahu, Jaz ni adalah penyanyi yang berasal dari Brunei tetapi menempa nama di Indonesia dan diterima baik muziknya di sana.

Dengar cerita Jaz nak datang Malaysia dan korang juga berpeluang untuk jumpa dia secara dekat! Macam mana tu??

Berita baik untuk peminat Jaz! Jaz akan mengadakan showcase di IOI City Mall, Putrajaya pada 21 Oktober 2017 ( Sabtu) ini tau.

Yang bestnya, korang berpeluang untuk memenangi 10 pasang tiket ekslusif dan 3 pasang Meet & Greet pass ke showcase Jaz ni. Bolehlah jumpa depan-depan dan selfie dengan Jaz! Wah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *