‘Saya Tak Bodoh, Saya Faham Maksud Berita.. Tweet Itu Hanya Sarkastik’ – Fathia Latiff

Posted on
Isu & Kontroversi

Tidak lama selepas dihentam isu Bigo Live, Fathia Latiff sekali lagi menjadi perhatian netizen. Semalam Fathia telah memberi respon isu ‘cashless society’ yang dicadangkan YB Khairy Jamaluddin. Fathia berpendapat, masyarakat akan kembali ke zaman batu kerana mengamalkan sistem barter.

Netizen mendakwa Fathia tidak faham apa yang ingin disampai YB KJ, malah Redza Minhat juga ada mengkritik pendapat tersebut. Melalui Harian Metro, Fathia memberi respon ini.

Fathia ketika dihubungi Harian Metro menjelaskan, tweet tersebut hanyalah pendapat peribadinya selepas melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu. Malah pandangannya itu ditweet dalam bentuk sarkastik.

Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik.

Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.

Menurut Fathia lagi, dia tidak berniat untuk mempertikaikan kenyataan artikel terbabit, sebaliknya dia mahu masyarakat mempunyai kesedaran. Walaupun menerima pelbagai kecaman, itu tidak pernah mematahkan semangat Fathia. Tambahnya dia kenal dirinya dan pernah mengambil jurusan undang-undang sebelum ini.

Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *