‘Mahu Jawab A Tetapi..’ – Didakwa Dapat Soalan Bocor, Peserta Clever Girl Beri Penjelasan

Posted on
Isu & Kontroversi

Sejak beberapa hari yang lalu rancangan Clever Girl menerima pelbagai kritikan daripada netizen selepas salah seorang pesertanya Shazana Kamaruzaman, berjaya menjawab dengan betul walaupun soalan yang dibacakan pengacara masih belum habis.

Disebabkan kejadian itu, ramai yang beranggapan peserta Clever Girl telah menerima soalan bocor. Shazana bagaimanapun tampil menjelaskan perkara sebenar sambil menolak dakwaan dia menjawab soalan bocor pada minggu lalu.

Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Menerusi laporan Utusan, Shazana memberitahu pada mulanya dia mahu menjawab A namun sebaik jawapan B dibaca Alif Satar, dia memilih jawapan itu berdasarkan bacaannya sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *