Kongsi Foto Graduasi ‘Bersama’ Ibu & Ayah Di Kubur, Kisah Gadis Cekal Ini Wajar Dijadikan Contoh

Posted on

Malahan doktor juga mengesahkan dia berhalusinasi tentang kemalangan keluarganya kerana usianya yang terlalu kecil ketika itu.

Tambah menyedihkan netizen, El mengatakan dia tidak pernah lupa meraikan hari istimewa seperti hari lahir, hari ibu, hari bapa dan kenangan bergraduasi ‘bersama’ kedua-dua orang tuanya.

Tambah El lagi, segala perbelanjaan untuk pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan duit simpanannya sendiri ketika 7 tahun tinggal di rumah anak yatim. Namun simpanannya itu hanya bertahan sehingga dia berada di semester 3.

Untuk semester seterusnya, dia hanya bergantung kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjumlah RM1000 untuk setiap semester. Di bulan ketiga, dia terpaksa mengikat perut sehingga hanya makan nasi seminggu sekali sahaja.

Namun dia juga kadang-kadang dibelanja kawan-kawan, sepupu, pakcik dan pensyarahnya yang perasan dia kelihatan tidak bermaya. Hidupnya bergantung kepada biskut dan mee segera jika kelaparan.

Source: ohbulan.com