Kongsi Foto Graduasi ‘Bersama’ Ibu & Ayah Di Kubur, Kisah Gadis Cekal Ini Wajar Dijadikan Contoh

Posted on

Isu & Kontroversi

Luahan seorang gadis mengenai kisah hidupnya yang berliku kerana kehilangan orang tua sejak kecil kemudian ditinggalkan di rumah anak yatim meruntun jiwa netizen.

Menurutnya yang dikenali sebagai El, ibunya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan mereka sekeluarga, 17 tahun lalu. Manakala ayahnya mengikut jejak si ibu pada 2006.

Kami kemalangan waktu malam. Saya saja saksi yang dapat menyaksikan macam mana keadaan masa tu. Kami dilanggar, mama digilis. Mama dilanggar dua kali, yang pertama kereta, kedua, lori.

El juga menceritakan detik hitam kemalangan yang meragut nyawa insan kesayangannya yang terpaksa dihadapinya ketika usia 4 tahun. Hanya dia sahajalah yang menjadi saksi kes berkenaan namun polis tidak dapat menerima keterangan dirinya kerana merasakan dia berhalusinasi.

Ketika dia berumur 10 tahun, ayahnya pula jatuh di bilik air, sakit dan menghembuskan nafas terakhirnya meninggalkan dirinya sebagai anak tunggal terkontang-kanting.

Pakcik saya hantar ke rumah anak yatim di Ampangan, Seremban. Pakcik saya janji untuk ambil saya bila saya cecah 12 tahun. Saya tunggu tapi saya jadi penunggu. Saya tunggu  dan mula biasa tak pulang ke kampung.

El juga pernah dipanggil gila kerana selepas seminggu pemergian ayahnya, dia masih menunggu ayahnya menjemput di sekolah. Malahan selepas mengambil keputusan UPSR, dia tertekan nombor ayahnya dan membuatkan rakannya tergelak ketika itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *