KECOH “Hal Dalam Kain Tak Payah Heboh!” – Netizen Naik Muak, Minta Hafiz Hamidun & Joy Revfa Henti Perbalahan Di Laman Sosial

Posted on

Kata peminat, banyak cara yang boleh digunakan pasangan itu untuk menyelesaikan masalah, namun masing-masing nampak selesa memperkatakannya melalui medium media sosial.

Ujar mereka, biarpun peminat ada kalanya mahu mengambil tahu hal peribadi artis yang diminati, tetapi tidaklah sehingga ke tahap hal-hal dalam kelambu.

“Tak faham dengan anda berdua. Kenapa perlu dijadikan isu besar? Selesaikanlah secara matang, dua-dua pun dah dewasa,” tulis seorang pengguna Twitter @nadeu_zack.

Hafiz sebelum ini memohon faraq nikah atas sebab meragui status perceraian Joy dengan bekas suaminya, dua tahun lalu.

Sumber: Astro Awani

Source: kamiviral