KECOH “Hal Dalam Kain Tak Payah Heboh!” – Netizen Naik Muak, Minta Hafiz Hamidun & Joy Revfa Henti Perbalahan Di Laman Sosial

Posted on

Isu pernikahan Hafiz Hamidun dan Siti Arifah Amin kembali diperkatakan selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai bekas suami Siti Arifah pada 12 Januari 2015.

Media semalam melaporkan Siti Arifah atau Joy Revfa menyatakan tidak akan meneruskan perkahwinannya dengan Hafiz yang dianggapnya gagal memainkan peranan sebagai suami.

Hafiz pula, dalam satu kemas kini status di Twitter, menafikan dakwaan Joy, malah turut mempersoalkan bagaimana lafaz cerai berkenaan boleh disahkan mahkamah.

Di laman sosial, peminat memberikan reaksi yang pelbagai. Kaum wanita khususnya, tumpang gembira apabila Joy terbukti di pihak yang benar.

Namun majoriti peminat dan pemerhati dunia seni nampaknya sudah bosan dengan gelagat kedua-dua mereka yang memilih untuk memperkatakan hal peribadi secara terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *