Dituduh Banyak Cakap & Hanya Cari Kesalahan, Ini Respon Tiz Zaqyah Kepada Zed Zaidi

Posted on

Selepas diselar presiden Seniman, Zed Zaidi kerana kelantangan pos Instagramnya yang mempersoal fungsi persatuan itu, Tiz Zaqyah membuat komen balas berkenaan hal berkenaan. Dalam laporan Mstar, Zed mengatakan Tiz hanya banyak bercakap namun tidak hadir ke mesyuarat persatuan.

Tambah Zed, luahan Tiz mengenai industri di laman sosial tidak akan memberi apa-apa perubahan ataupun membantu penggiat dalam bidang itu.

Menurut pelakon Nur Kasih ini, tindakan itu dibuat untuk mempertahankan hak masing-masing sebagai ahli Seniman. Dia hanya tertanya-tanya, sebagai ahli yang sah, apakah manfaat diperoleh setelah membayar yuran keahlian. Langsung tiada kemaskini mengenai perkembangan dan aktiviti Seniman dihebahkan kepada ahli, menurutnya lagi.

Tiz juga mengatakan dia tidak memerlukan apa-apa jawatan dalam Seniman selepas Zed dilaporkan mahu menawarkan kedudukan itu kepadanya. Menurutnya lagi, cukuplah dia sebagai ahli bertanya, memberi pendapat dan mewakili rakan seangkatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *