Didakwa Gadis Dalam Gambar Viral Pegang Tangan Anggota Polis, Wanita Ini Buka Mulut

Posted on
Isu & Kontroversi

Dua orang anggota peronda unit rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat ditukarkan serta merta selepas gambar mereka memegang tangan seorang wanita dipercayai warga asing berpakaian seksi viral. Menurut laporan Harian Metro, tindakan itu diambil segera setelah pihak polis Johor dimaklumkan perkara tersebut.

Di instagram, gadis ini menafikan dirinya di dalam gambar tersebut. Katanya, salah faham timbul selepas dia memuatnaik gambar tersebut di instagram.

I memang suka police . Tapi bang tangan tu lepas lah. Saya nak balik. Actually guys . This is not me . Sebab ramai sngt kawan2 i dm i ws i wechat i sent this picture . And ask me “ is it me “ and sorry again she not me . that’s all .

Gara-gara memuatnaik gambar seorang anggota peronda sedang memegang tangan wanita yang viral semalam, wanita ini dikecam pengikut Instagramnya sehingga ada yang salah faham wanita tersebut adalah dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *