Dia Tergesa-Gesa Ingin Bernikah Sebab Ada Sesuatu Yang Diharapkan – Joy Revfa

Posted on
Isu & Kontroversi

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis lalu menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy Refva terhadap Hafiz Hamidun. Ini kerana Joy mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu yang juga dalam perbicaraan.

Terbaru menerusi laporan mStar, Joy mendakwa Hafiz Hamidun tergesa-gesa mahu bernikah dengannya kerana inginkan sesuatu. Nak apa?

Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.

Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas… pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *