‘Dia Hanya Tahu Cari Kesalahan’ – Persoal Fungsi Seniman, Ini Respon ‘Sinis’ Zed Zaidi Buat Tiz Zaqyah

Posted on

Mereka buat begitu untuk mengutamakan pelakon-pelakon tempatan mereka. Kita perlu ada badan yang kawal dan beri lesen iaitu kad ahli kepada pelakon yang ingin aktif dalam industri.

Zed Zaidi turut menjawab soalan yang diajukan oleh Tiz Zaqyah mengenai kad ahli persatuan itu. Dia menyuruh Tiz Zaqyah agar membaca apa yang tertulis dalam kad ahli tersebut. Zed turut mengatakan bahawa pihaknya sudah membela beberapa kebajikan khusus untuk pelakon dan mendapatkan skim insuran sepanjang hayat.

Itu perkara utama saya perjuangkan iaitu sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia. Apabila ramai artis yang sambung belajar, ia secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat bahawa artis Malaysia bodoh.

Dia tidak tahu dan ambil tahu tentang perkara-perkara itu, dia hanya tahu cari kesalahan sahaja. Berkaitan masa bekerja itu kami sedang memperjuangkannya dan ia bukan sesuatu yang mudah seperti bercakap di laman sosial.

Sementara itu, menjawab persepsi negatif masyarakat terhadap artis ‘bimbo’, Zed berkata, ia juga salah satu perkara yang diusahakannya sejak memegang tampuk Seniman.

Sumber : Mstar

The following two tabs change content below.

I’m not fat, I’m just easy to see

Source: ohbulan.com