‘Dia Hanya Tahu Cari Kesalahan’ – Persoal Fungsi Seniman, Ini Respon ‘Sinis’ Zed Zaidi Buat Tiz Zaqyah

Posted on
Isu & Kontroversi

Semalam viral di laman sosial apabila Tiz Zaqyah mempersoalkan peranan Seniman. Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa apabila sering dikecam netizen namun tidak dipertahankan oleh Persatuan Seniman.

Artikel Berkaitan : ‘Retis Memang Bimbo, English Pun Kelaut’ -Tiz Zaqyah Luah Kecewa Dunia Lakonan, Persoal Fungsi Seniman

Terbaru, menerusi laporan Mstar, Zed Zaidi membalas kembali kenyataan yang dibuat Tiz Zaqyah. Dia turut mempersoalkan Tiz Zaqyah yang tidak hadir ke mesyuarat persatuan.

Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan.

Jangan samakan kita dengan industri luar, mereka sudah lama, persatuan kita dalam proses pembelajaran dan sebab itu kita mahu semua orang beri sokongan dan idea.

Zed Zaidi meminta Tiz Zaqyah untuk hadir pada mesyuarat agung Seniman akan datang. Dia turut meminta Tiz Zaqyah tidak samakan industri luar dengan tempatan kerana mereka masih dalam pembelajaran.

Kad ahli itu adalah penting sebagai lesen supaya kawal industri daripada banjiran pelakon luar. Seperti negara jiran Indonesia, mereka ada syarat yang sangat ketat untuk membenarkan pelakon luar masuk industri mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *