‘Dia Bukan Ayahanda’ – PEKIDA Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Boy Iman

Posted on
Kini Trending

Dua hari lalu, polis telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman bagi membantu siasatan penipuan jualan rumah berjumlah RM6.2 juta. Beliau kemudian dibebaskan namun ditahan semula untuk membantu siasatan lanjut.

Susulan kes ini, ramai yang mengaitkannya dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) kerana Boy Iman pernah mengaku dirinya ‘ayahanda’. Ini respon Pengerusi Perhubungan PEKIDA, Rohaida Roslan.

Foto Kredit : My Metro

Menurut laporan My Metro, Boy Iman ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan kes. Suspek dilihat dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan dipeluk erat anggota polis kira-kira 9 pagi tadi. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor’ Iza Mohamed.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan tidak mahu Boy Iman dikaitkan dengan pertubuhan itu kerana dia tidak pernah diiktiraf sebagai ayahanda seperti yang digembar gemburkan.

Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *