‘Bukan Pelakon Extra!’ – Skrip Drama ‘Titian Cinta’ Dikecam, Ini Respon Sinis Faezah Lai

Posted on

1. Drama Titian Cinta adalah adaptasi daripada sebuah novel tulisan Ridhya Iman yang juga mempunyai judul yang sama. Dalam novel itu, dialog yang di tulis oleh Ridhya Iman untuk babak ini, boleh dikatakan elok dan tiada masalah berkenaan fakta perubatan. Rujuk gambar 1.

2. Pn. Natasya Farhana, penulis skrip yang adaptasi novel itu kepada skrip drama telah menggunakan dialog seperti yang tertulis dalam novel berkenaan. Tiada perubahan ketara yang dibuat oleh Natasya. Rujuk gambar 1.

3. Aliah Wahidah Hasni (pelakon) menyatakan ada beberapa ‘take’ telah dibuat kerana dialog beliau agak panjang. Saya rasa memang sukar untuk buat satu dialog penerangan panjang dalam satu ‘take’ tanpa kesilapan. Rujuk gambar 2.

4. Semasa pasca produksi, penyunting video telah melakukan beberapa suntingan. Ketika pengarah previu suntingan, babak dipertonton adalah versi yang elok, tetapi semasa proses untuk final rendering, babak ‘salah’ telah dimasukkan tanpa sengaja.

Lihat video versi sepatutnya yang diberi oleh pihak produksi kepada saya.

Kesimpulan:
1. Babak ini tidak menjadi kerana masalah teknikal. Bukan kerana kurang kajian penulis novel, bukan juga silap penulis skrip. Mereka telah buat kajian.

2. Cik Aliah masih berstatus bujang. Bakatnya jika digilap, ada peluang untuk berkilau. Beliau pesan agar kita semua beri teguran dengan pendekatan yang lebih membina, bukan dengan hentaman.

3. Pihak produksi, pelakon, dan penulis skrip menyelesaikan masalah ini dengan cara baik. Mereka penjelasan yang baik. Ini perkara yang perlu dicontohi.

Sekarang kau orang bolehlah menonton Titian Cinta dengan aman.

Ohya! Sekali lagi saya nak pesan, andai ada produksi filem/drama yang perlu khidmat nasihat tentang perkara berkaitan perubatan, boleh hubungi FB Page M3 atau Medtweetmy.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
– Medtweetmy
– Medical Mythbusters Malaysia(M3)

Sumber : Faezah Elai , Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

The following two tabs change content below.

I’m not fat, I’m just easy to see

Source: ohbulan.com